DAUN SIRIH TEGANGKAN KULIT

KHASIAT sirih sememangnya diperakui sejak zaman silam sehingga kini akan dan terbukti kesahihannya drp kajian yg dibuat oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Diantara hasil kajian mendapati daun sirih atau 'Piper Betle'  ini mngandungi pati minyak Cuginol dan Kavikol iaitu bahan2 aktif di dalamnya pula seperti Flavornoid dan Polyphenol ini boleh menegangkan kulit dan mengelakkan kedutan di muka berlaku. Ia memberi kesan awet muda.

Daun sirih bukan sahaja sangat popular oleh masyarakat terdahulu, malah sehingga kini ia sgt penting digunakan dalamtujuan perubatan dan rawatan kecantikan. Misalnya, masyarakat Cina mengenali sirih sebagai herba utk memanaskan badan, masyarakat India pula menggunakan daun sirih utk penjagaan mulut dan melebatkan rambut. Namun begitu, masyarakat Melayu sering menggunakan daun sirih sbg tujuan perubatan, kecantikan dan acara adat perkahwinan.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts