BERSIHKAN LIDAH

YA, gigi anda mmg putih bersinar n tersusun cantik. Ia menggambarkan anda menjaga kebersihan gigi dgn baik n bersugi setiap hari. Tetapi lihatlah lidah anda. Adakah lidah anda cantik kemerahan? Atau lidah anda dipenuhi selaput putih yg tebal dan berbau? Tahukah anda, nafas berbau byk dipengaruhi oleh mulut kita dan ianya bukan sahaja disebabkan oleh makanan yg kita ambil sahaja, malah disebabkan lidah anda yg tidak bersih !
     Kajian membuktikan bahawa bakteria yg mengakibatkan mulut berbau membiak pada lidah yg tidak dibersihkan. Oleh itu bersugi pada gigi sahaja tidak cukup memadai utk mengurangkan bau mulut. Cucilah lidah anda sekurang2nya dua kali sehari dgn menggunakan alat khas atau disebut tounge scraper atau berkumurlah dgn pencuci mulut yg mengandungi chlorine dioxide yg dpt mencuci lidah dgn sempurna.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts