KHASIAT BAWANG PUTIH

        Dr Yongxiang Zhang dari University of Tokyo, Jepun menyatakan bahawa kemampuan bawang putih menghalang kemerosotan otak dan sistem kekebalan pada haiwan percubaan sangat mengesankan. Hal itu memang tidak bererti bahawa bawang putih mampu memulihkan masa muda atau sama sekali menghalang proses penuaan. Tetapi setidaknya manfaat bawang putih membantu melambatkan proses penuaan.



1.   Menghalang pertumbuhan sel kanser.
Bahan kimia SAMC yg terdapat pada bawang putih dapat menghalang pertumbuhan sel kanser. Dengan mengkonsumsi bawang putih, risiko terkena kanser dapat dikurangkan.

2.   Menurunkan kadar kolesterol.
Kadar kolesterol yg tinggi biasanya menjadi petanda proses penuaan. Bawang putih yang dikonsumsi secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol. Zat anti kolesterol dalam bawang putih yg bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah.

3.   Stress.
Bawang putih dapat membantu meredakan stress, kecemasan dan depresi.

4.   Bawang putih dapat mencegah kenaikan berat badan dan bahkan mungkin menurunkan berat badan.

5.   Allicin yg terdapat di dlm bawang putih dapat menghancurkan pembentukan pembekuan darah dlm arteri, mengurangkan gejala diabetes dan mengurangkan tekanan.

Petua :-

1.   Pening Kepala.
Potong dua ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. Sapu tempat yg sakit dgn minyak bawang putih.

2.   Lemah Otot.
Ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. Kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yg lemah.

3.   Demam Selsema.
Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari, minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.

4.   Susah Hadam.
Rebus bawang putih bersama kulitnya. Kemudian kupas bawang itu. Bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan jadikan krim sapuan roti. Amalkan selalu.

5.   Serangan angin.
Campurkan air perahan bawang putih setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. Kemudian bancuh sedikit madu asli ke dlm bancuhan itu. Kacau dan minum campuran itu setiap hari.

6.   Serangan Cacing.
Amalkan meminum air rebusan bawang putih setiap hari.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts