CANTIKKAN RAMBUT DGN AVAKADO


Sejak zaman dahulu, buah avakado dikenali baik utk kecantikan rambut bukan sahaja luaran tetapi juga dari dalaman. Kandungan spt Vitamin A, C dan E dalam buah ini bukan saja membantu mengekalkan kelembapan rambut tetapi juga menyihatkan kulit kepala. Berikut cara yg boleh anda lakukan utk mengekalkan kesihatan rambut.

Bahan:-
1 biji avakado
1 sudu besar minyak zaitun
1 biji pisang
1 biji kuning telur

Cara :-
1. Lenyekkan buah avakado hingga hancur. Begitu juga dgn pisang.
2. Campurkan minyak zaitun dan kuning telur ke dalam adunan avakado dan pisang tadi. Gaul sebati.
3. Sapukan pada keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala. Urut perlahan2 agar pati adunan tersebut meresap ke dalam rambut.
4. Tutup kepala dengan plastik. Biarkan selama 1 jam.
5. Bilas dan basuh  rambut hingga bersih.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts