MINYAK BADAM KUATKAN AKAR RAMBUT



MINYAK BADAM KUATKAN AKAR RAMBUT

Kacang badam ternyata bukan hanya lazat dinikmati begitu sahaja, tetapi sering kali ia digandingkan di dalam hidangan seperti aiskrim atau adunan di dalam kuih mahupun kek. Di dalam pelbagai kajian, kacang ini dikatakan mempunyai khasiat yg begitu banyak. Antara khasiat kacang badam atau nama latinnya, prunus dulcis ini adalah :

Membantu meningkatkan aliran darah
Kajian mendapati badam mengandungi Vitamin E, lemak tak tepu, magnesium dan antioksidan yg membantu dalam meningkatkan aliran darah. Rutin mengambil makanan ini juga boleh membantu kesihatan pada organ terutamanya hati anda.

Melangsingkan Tubuh
Di dalam penyelidikan yg diterbitkan di International Journal of Obesity, mengambil segenggam kacang badam setiap hari dan digandingkan bersama diet sihat, boleh membantu membakar lemak sebanyak 18 peratus, jika dibandingkan dgn mereka yg hanya mengawal menu harian mereka. 

Pelembap Semula Jadi
Minyak tulen yg dihasilkan daripada kacang badam merupakan pelembap semulajadi yg menjaga kulit daripada kekeringan. Minyak ini secara semula jadinya memberikan makanan dan mengambil mengembalikan sel kulit yg mati.



 
Penguat Rambut
Minyak yg terkandung di dalam badam ini juga berkesan utk mengubati masalah rambut terutamanya berkaitan dgn keguguran rambut. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan pertumbuhan rambut.

Sahabat Pesakit Jantung
Menerusi kajian yg dijalankan terhadap kacang yg biasanya menjadi teman hidangan seperti coklat ini dipercayai dapat membantu menurunkan kadar kolesterol LDL (kolesterol jahat) sehingga 12 peratus.

 
 

 

No comments:

Post a Comment

Popular Posts