HALUS N SEGARKAN KULIT DGN SERBUK KOPI

Di India perawatan menggunakan kaedah kopi di sebut, udwartanam, iaitu rawatan scrub atau lulur dgn menggunakan kopi jenis serbuk. Kaedah ini lebih kurang sama dgn lulur Jawa, namun serbuk kopi itu tidak di campur dgn air atau minyak. Perawatan yg memakan waktu kurang lebih 30 minit dipercayai dpt melangsingkan tubuh serta menghaluskan kulit jika dilakukan secara teratur.
      Bagaimana langkah perawatannya? Pertama, kulit di berus dgn menggunakan berus khas tubuh, kemudian kopi disapukan ke seluruh tubuh sambil digosok. Setelah itu, proses diulang kembali dgn menggunakan serbuk herba yg didatangkan khas dari India. Kemudian setelah proses 'scrubbing' selesai, proses sauna dilakukan agar khasiat kopi dan serbuk herba menyerap ke dlm lapisan kulit. Kopi yg digunakan adalah dari biji kopi yg ditumbuk sendiri.
      Selain India, Rusia juga antara negara yg mengamalkan rawatan scrub kopi sebelum mandi. Malah, ia dikatakan sudah menjadi salah satu rahsia kecantikan tradisional yg sering dilakukan olh wanita Rusia. Caranya hampir sama dgn perawatan scrub kopi dari India. Serbuk kopi kasar digosokkan  terus ke kulit tubuh, kemudian barulah mandi.
      Di Indonesia juga, tdapat lulur kopi khas Bali yg sgt terkenal. Selain itu, di Jawa, sudah lama kopi dijadikan bhn utk melakukan rawatan lulur tradisional, khususnya utk kaum lelaki. Kopi dipercayai boleh membuang sel2 kulit mati dan menyebabkan kulit menjadi segar dan halus. Kini, warisan tradisional itu makin byk diterapkan di spa sbg salah satu rawatan utk mereka yg ingin merehatkan tubuh dan fikiran sekali gus merawat kulit.


9 MANFAAT KOPI UTK KECANTIKAN
  • Mampu membuang sel2 kulit mati sehingga membantu memperbaiki kulit yg rosak.
  • Meneutralkan kulit yg gatal, sekali gus memberi nutrisi pada kulit dan juga membantu menghilangkan bau badan.
  • Menjaga kelembapan kulit terutama kulit yg kering dan berkedut.
  • Menghilangkan bekas jerawat, menghilangkan selulit jika dilakukan secara teratur dan membantu memperbaiki perjalanan darah.
  • Membantu memecahkan lemak di tubuh. Jika anda ingin mencuba membuat ramuan scrub anda sendiri, cara mudah saja:


BAHAN2

Biji Kopi
Air Suam
Minyak Zaitun/Minyak Esential


CARA MEMBUATNYA :
  1. Tumbuk atau kisar biji kopi sampai halus, kemudian campurkan sedikit air suam.
  2. Tambahkan beberapa titis minyak zaitun atau minyak esential.
  3. Setelah itu sapukan merata pada seluruh tubuh dgn melakukan urutan dan gosokan lembut di kulit supaya sel-sel kulit mati tanggal dan khasiat kopinya meresap.
  4. Kalau anda mempunyai byk waktu, tunggu sampaiscrub kering, gosok perlahan2 utk membuang daki pada tubuh. Setelah itu, mandi dan pakai losen tubuh utk menjaga kelembapan kulit.
Jika kulit anda rasa tidak selesa, perih atau gatal2 ketika menggunakan scrub kopi, segera hentikan pemakaian dan bilas seluruh tubuh anda. Mungkin kulit andaalahan pada scrub kopi ini.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts