Rumpai laut atau agar-agar laut sering digunakan oleh masyarakat Jepun dalam penyediaan makanan mereka khususnya sushi. Bermula dari sinilah, rakyat Malaysia juga semakin terbuka dlm menerima rumpai laut sebagai hidangan harian. Selain sushi, ia juga sering dijadikan sup dan bahan lain untuk melengkapkan masakan. Untuk pengetahuan anda, kini rumpai laut juga sudah disediakan dalam bentuk suplement. Apakah baiknya makanan ini pada kesihatan sehingga penulis terkenal Jean Carper menggelarkan rumpai laut sebagai ilmu perubatan ajaib di dalam bukunya The Food Pharmacy.
Rumpai laut ialah sejenis tumbuhan besar berwarna coklat yang tumbuh meliar di dasar laut biru. Ia tumbuh dalam suhu yang sejuk. Selain menjadi tempat perlindungan bagi hidupan laut kecil, ia juga menjadi sumber makanan bagi hidupan laut yang lainnya. Ia mengandungi lebih 60 vitamin dan meneral yang sangat berkesan untuk mengekalkan kesihatan tubuh. Banyak kajian dan penyelidikan telah berjaya membuktikan bahawa rumpai laut sangat bagus untuk tubuh badan. Orang Jepun terlebih dahulu telah lama memonopoli diet yang melibatkan rumpai laut. Hampir 25 peratus daripada diet mereka melibatkan tumbuhan ini. Kini, rumpai laut kian meniti populariti di Australia, negara Barat dan tidak kurang juga Malaysia.
KAYA DENGAN IODIN
Rumpai laut adalah adalah sumber iodin terbaik, Khasat ini berkesan dalam menghalang dan menyembuhkan masalah kekurangan iodin. Iodin penting dalam melancarkan fungsi kelenjar tiroid dan juga merupakan komponen utama bagi hormon tiroid. Selain itu, rumpai laut memberikan kelebihan kepada kita untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan melancarkan tindakan metabolisme.
Secara amnya, rumpai laut adalah tumbuhan laut yang sangat banyak kegunaanya. Ia diyakini berdasarkan sifat anti-bakteria, anti-oksidan dan khasiatnya. Sejak 3000 SM lagi, ia sudah digunakan untuk tujuan makanan dan perubatan. Dalam Chinese Book of Poetry, mereka menyatakan rumpai laut adalah makanan untuk kemenangan. Pada waktu itu, ia hanya disajikan untuk keluarga diraja dan golongan aristokrat sahaja.
Bermula dari abad ke 17 pula, seorang pahlawan dari Jepun telah mengarahkan para nelayan agar menyediakan ikan segar kepadanya setiap hari. Kemudian para nelayan ini telah membina kawasan penternakan ikan dengan memasang pagar di dalam laut. Disinilah mereka mendapati munculnya tanaman rumpai laut buat pertama kali.
KAYA DENGAN KHASIAT YANG LAIN
Selain iodin, rumpai laut juga kaya dengan magnesium, kalsium, zat besi dan garam laut semula jadi. Ia mengandungi khasiat kalsium yang jauh lebih baik berbanding susu (10 kali lebih baik berbanding susu). Ia juga kaya dengan serat, protein, vitamin A,B,C, E dan beta karotin. Bahkan kumpulan penyelidik yang pernah menjalankan kajian terhadap rumpai laut turut mengakui ianya berkesan dalam menghalang risiko kanser. Terdapat sesetengah jenis gejala penyakit yang boleh dirawat dengan rumpai laut. Antaranya ialah ssakit kepala, tekanan, sembelit, ulser, pencernaan dam pelbagai penyakit lain berkaitan usus. Bahkan, ia turut mengawal berat badan dan menghindar tubuh yang letih.
Terbukti, banyak sungguh khasiat rumpai laut yang tidak kita sedari. Bagi anda yang selama ini memandang ringan akan fungsinya, mungkin boleh mencuba sushi pula selepas ini. Selain sedap dan mengenyangkan, kesihatan badan juga terpelihara. Walaupun bentuk asalnya tidak berapa menyelerakan, namun khasiatnya bukan calang-calang.
KEBAIKAN LAIN RUMPAI LAUT :
- Ia boleh dimakan mentah, dijadikan bahan hiasan dan bahan perasa pada makanan.
- Ia juga boleh dijadikan sebagai bahan pelembut kacang semasa proses memasak. Kadangkala, ia juga digunakan pada makanan yang lembut misalnya aiskrim dan agar-agar.
- Merendahkan tahap kolestrol. Supplement yang mengandungi khasiat rumpai laut kaya dengan Omega 3 dan Omega 6 yang membekalkan asid lemak esensial. Ia berperanan untuk merendahkan kadar kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.
- Rumpai laut turut menguatkan tulang, kuku dan gigi
No comments:
Post a Comment