PETUA SIHAT

BERENANG ELAK BATU HEMPEDU

Dr. Andrew R. Hart dari University of Bristol, England
menjelaskan bahawa berenang secara teratur dapat mencegah
pembentukan batu hempedu. Ini kerana amalan gaya hidup
aktif dapat merendahkan risiko untuk mendapat gangguan batu
hempedu hingga 60 peratus. Penyakit batu hempedu
berlaku disebabkan oleh pengumpulan
serta mendapan cairan hempedu di kandungan hempedu.
Pengumpulan ini akan menyebabkan menyebabkan
kolesterol yang terdapat pada cairan hempedu membentuk batu.
Justeru, pergerakan aktif ketika berenang boleh
mengelakkan pengumpulan cairan hempedu sekali gus
menghalang pembentukan kristal-kristal
kolesterol hingga menjadi batu.

MAIN GITAR CEGAH STROK
Bermain alat muzik seperti gitar dapat mencegah serangan strok.
 Penelitian yang dilakukan oleh pakar saraf, Dr Edward Taub dari
Universiti Alabama, Amerika Syarikat mendapati
individu yg aktif menggerakkan jari jemari mereka
untuk bermain instrumen berdawai seperti gitar berisiko rendah
utk mendapat serangan strok.
Hal ini berlaku kerana jari jemari yg sering bermain
gitar akan mengirimkan signal-signal
secara tetap kepada otak kanan dan menyumbang
kepada pembesaran bahagian tersebut. Pembesaran otak sebelah
kanan ini dapat membantu mengawal pergerakan anggota tubuh
sehingga mengurangkan risiko serangan strok.

TETRIS TINGKATKAN KEKUATAN OTAK

Permainan Tetris dikenal pasti berupaya untuk
meningkatkan kekuatan oleh para akademik Amerika.
Ujian yang dilakukan mendapati bahawa bermain
tetris secara regular dapat meningkat kecerdasan otak
pemain sekaligus meningkatkan daya pemikiran mereka.
Eksperimen ke atas para gadis remaja yang
diminta bermain tetris selama satu setengah jam bagi tempoh
tiga bulan kajian menunjukkan terdapat perubahan struktural pada otak mereka.
Laporan yang diterbitkan oleh jurnal BMC Research Notes
itu menjelaskan perubahan struktural di beberapa bahagian otak
 itu membuatkan pemikiran dan minda responden menjadi lebih kritis.
Malah para penyelidik dari Mind Research Network di Albuquerque,
Ameka Syarikat, juga percaya bahawa permainan tetris pada
layar komputer dapat meningkatkan fungsi mental seseorang.

MATA - CERMIN USIA INDIVIDU

Bagi yang ingin merahsiakan usia sebenar, perkara ini
mungkin merupakan satu hal buruk buat diri anda.
Hanya menerusi mata, usia sebenar anda pasti
akan diketahui oleh individu lain.
Pakar sains Niels Lynnerup dari University of Conpenhagen, Denmark,
menjelaskan penggunaan data radio karbon untuk mengukur
protein lensa mata yang sama seperti kristal.
Teknik yang diperkenalkan pada tahun 1950an itu
menunjukkan protein yang diambil daripada mata itu
dapat menghasilkan data protein yang dapat
mengesan umur seseorang. Lebih hebat, identifikasi
protein itu turut berupaya untuk mengesan
kanser serta pelbagai penyakit lain.

TAHAN MARAH MENYAKITKAN JANTUNG
Lelaki yang menyimpan kemarahan kerana
diperlakukan secara tidak adil di tempat kerja
bererti menyakiti jantung mereka sendiri.
Kajian oleh stockholm University's Stress Research Institut, Sweden,
melaporkan lelaki yang gagal
mengekspresikan kekecewaan diri mereka ketika
mengalami konflik dengan teman sekerja atau
bos mereka berisiko untuk mengalami serangan
jantung atau kematian akibat jantung
sehingga tiga kali ganda. berbanding
mereka yang menunjukkan kemarahan.
Ketua penyelidik bagi kajian yang diterbitkan
di dalam Journal of Epidemiology and
Community Health itu, Constanze Leineweber,
menganjurkan agar kaum lelaki berinteraksi
dengan individu lain bagi mengelakkan
peningkatan hormon stres di dalam diri mereka.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts