KHASIAT ULAM-ULAMAN

Ulam-ulaman Bantu Awet Muda

Peria pahit jadi penawar

Peria ada pelbagai jenis dan rupa. Hampir kesemua peria mempunyai rasa pahit dan payau. Namun, peria adalah ulam yang paling banyak mendapat perhatian pakar perubatan moden hari ini. Tanaman ini berasal dari China dan masyarakat di sana memang telah lama menggunakan ulam ini dalam perubatan tradisional mereka antaranya untuk merawat asma dan haid terlewat.

            Di Australia, Amerika Syarikat dan Asia Tenggara, peria adalah antara ramuan penting untuk kajian kes merawat leukemia, HIV dan AIDS. Peria di dapati mampu meningkatkan semula sel imun dalam tubuh manusia. Selain itu, peria dipercayai membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit sampingan akibat jangkitan HIV, misalnya arthritis, herpes, tuberkolisis dan penyakit kulit.

            Sekumpulan pakar penyelidik di Amerika Syarikat telah berjaya mengasingkan sejenis protein yang terdapat di dalam peria. Protein yang dinamakan sebagai MAP-30 ini terdapat dalam biji dan kulit ulam tersebut. Selain mengawal penyakit-penyakit virus seperti herpes dan poliomaelitis, ianya juga membantu mengahalang penyakit tersebut daripada membiak dan merebak dari satu sel ke sel yang lain.


Cili Bantu lawan ulser peptic

            Usah terkejut, cili juga banyak dijadikan ulam-ulaman terutama bagi mereka yang tahan pedas. Cili termasuk dalam keluarga solaneceae seperti tomato dan kentang. Cili kaya dengan vitamin A, B dan c kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat serta karotin. Dalam rekod CAB Abstracts 1995, capsaitin yang terkandung di dalam cili berfungsi sebagai agen pelindung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia karsinogens yang menyebabkan penyakit barah.

            Namun, pengambilan cili tidak boleh dilakukan secara berlebihan. Kandungannya yang pedas dikuatiri mampu mengganggu usus perut. Ambillah secara sederhana.


Saleri bukan sekadar penyedap sup

            Daun dan batang saleri selalu digunakan untuk menambah aroma dalam masakan berkuah. Ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, karoten, vitamin A, B-Complex, C dan magnesium. Dalam perubatan tradisional saleri dipercayai membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Saleri juga bertindak melancarkan pengaliran dan pusingan haid serta mengatasi masalah keputihan. Terbukti, saleri bukan sahaja mengenakkan masakan bahkan turut membawa kebaikan dalam kesihatan wanita.

            Saleri juga berkesan dalam merawat penyakit kulit seperti jerawat, ruam dan eczema. Kandungan garam galiannya bertindak menghapuskan pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah, sekali gus memulihkan sifat alkalinya.

Kacang kelisa kaya protein

            Kacang kelisa atau juga dipanggil kacang botol merupakan sayur tempatan yang bukan asli. Kacang ini dipercayai berasal dari Afrika Timur, Indonesia, Papua New Guinea dan Indo China. Kacang kelisa yang masih muda mengandungi satu hingga tiga peratus protein di dalamnya. Jumlah kandungan protein yang tinggi membuatkan kacang kelisa menjadi salah satu ulam sumber protein yang standing dengan jenis kekacang yang lain.

            Selain protein, kacang kelisa juga tinggi khasiat kalsium, zat besi dan vitamin A. Daun kacang ini boleh dimakan secara mentah manakala ubinya boleh dijadikan ulam. Walaupun dicelur, anda msih boleh mendapatkan khasiat proteinnya selain juga khasiat karbohidrat, kalsium dan fosforus. Akarnya pula dipercayai berkesan untuk menghilangkan perasaan gayat apabila berada di tempat yang tinggi.

Pegaga ulam hebat

            Pegaga memang popular di lakangan masyarakat kita. Tidak kira sama ada ia di makan segar atau di masak. Pegaga hebat kerana ia banyak khasiat yang berguna. Bukan setakat daun sahaja, bahkan tangkai, batang, buah, bunga dan akarnya turut berguna. Pegaga juga dianggap ulam awet muda. Namun, bersederhanalah dalam pengambilannya. Ini kerana, masyarakat Indonesia percaya, pengambilan pegaga secara berlebihan mampu menyebabkan penyakit reumatisme. Manakala kajian lain pula mendapati pengambilan pegaga yang terlalu banyak boleh menyebabkan kesan narkotik dan keracunan kumulatif.

            Dalam bidang perubatan tradisional, pegaga digunakan sebagai agen anti alahan, anti kanser, perangsang pengeluaran air kencing, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar penyakit kencing berdarah, kusta, gonorea, luka, kudis dan sakit kerongkong.

            Manakala bagi ibu-ibu yang sedang berpantang selepas melahirkan anak pula, amalan meminum jus pegaga segar bagus demi membaik pulih kesihatan organ-organ dalaman. Bahkan, amalan ini boleh diteruskan oleh wanita selama mana yang mereka mahu.

Jering berkhasiat tetapi hadkan pengambilannya

            Jering memang tumbuhan asli di Negara kita. Sumber nutrisi menyatakan jering mengandungi 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B dan C. Bagi mereka yang kerap kali menghadapi masalah dalam pembuangan air besar, amalkan mengambil jering sebagai ulam. Bagi pesakit kencing manis pula, sebatian alcohol di dalam jering mampu meneutralkan kandungan gula di dalam darah. Namun, pastikan jering tidak dimakan berlebihan. Asid jengkolik dalam jering yang terlalu banyak berkumpul di dalam badan boleh membentuk hablur dalam buah pinggang yang mana ia berpotensi menyekat pundit kencing.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts